Wednesday 5 May 2010

JAKIM Kekalkan Kedudukan Naib Johan Dalam Festival Nasyid Peringkat JPM 2010

Kumpulan Nasyid Jakim telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan Festival Nasyid peringkat JPM tahun 2010 yang telah diadakan pada 20 – 21 April 2010 bertempat di Auditorium Blok B, Jabatan Perdana Menteri. Di peringkat saringan pada 20 April 2010, Jakim telah terpilih antara 10 finalis daripada 28 panyertaan kumpulan nasyid dari agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kemenangan JAKIM pada tahun ini sekaligus mempertahan kedudukan JAKIM sebagai tempat kedua dalam Festival Nasyid yang sama pada tahun lepas yang dimenangi oleh kumpulan DG-Wa. Dengan kemenangan ini sekaligus melayakkan JAKIM untuk menyertai Festival Nasyid peringkat Kementerian yang akan diadakan kelak.

Kumpulan Fajrul Islam ini merupakan kumpulan baru bagi JAKIM dengan dianggotai oleh 5 orang kakitangan Jakim yang berada di Sabah. Atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan, kumpulan ini telah berjaya membuat persembahan yang berjaya memukau hadirin yang hadir dalam pertandingan tersebut dengan membawa nasyid kategori tradisi dengan tajuk lagunya iaitu “Ummah Perkasa”.

Kumpulan ini telah dilatih oleh 3 orang jurulatih yang berwibawa iaitu komposer terkenal En. Farihin b Abd Fatah, Ustaz Mohd Asa’ri bin Abdan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat merangkap Ketua Kumpulan DG-WA Jakim dan Ustaz Nabil bin Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Media yang juga menganggotai kumpulan Far-East.

Pada majlis Festival yang dianjurkan semalam, Y.Bhg. Dato’ Zainol Othman; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan telah merasmikan majlis tersebut sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Penyampaian hadiah kepada Jabatan telah disampaikan kepada Tn. Hj. Yusop bin Hassan, Pengarah Bahagian Sumber Manusia yang telah sudi hadir pada malam tersebut mewakili Dato’ Ketua Pengarah JAKIM.

Ahli kumpulan nasyid Jakim merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung khususnya atas sokongan Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAKIM, pihak Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kerana telah menyediakan keperluan domestik meliputi makan minum, penginapan dan bayaran kepada jurulatih, Encik Ahmad bin Chat (Abg Mad), pemandu Jakim.


Persembahan di peringkat saringan.


Fajrul Islam membawakan lagu nasyid 'Ummah Perkasa'.


Ustaz Abdul Basit selaku vokalis utama kumpulan (Kiri sekali), Ustaz Ramlan dan Ustaz Na'im.


Ustaz Nabil yang menganggotai kumpulan Far-east turut membuat persembahan sebagai artis jemputan.


Tarikh : 22 April 2010
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM
Tuesday 26 January 2010

Jom Sertai Aktiviti Bersama Kumpulan Far East

PERTANDINGAN BOWLING FAR EAST ZONE 2010

Bilakah akan diadakan pertandingan ini?
Tarikh 6 Februari 2010
Jam 3.00 petang

Dimankah pertandingan akan berlangsung?
South City Plaza, Seri Kembangan Serdang

Siapakah yang boleh menyertainya?
Terbuka kepada semua : Lelaki dan perempuan

Berapakah bayaran penyertaan yang dikenakan?
Kategori berkumpulan (4 orang) RM 120.00

Adakah ada garis panduan atau etika penyertaan?
*Dibenarkan mencampurkan lelaki dan perempuan dengan syarat bagi yang sudah berkahwin secara sah sahaja
*Tidak dibenarkan ada couple dalam satu kumpulan
*Semua peserta hendaklah berpakaian kemas serta menutup aurat
*Pertandingan bukanlan mencari jagoan tetapi untuk meramaikan kawan dan mengeratkan ukhuwwah fillah.

Bagaimana bayaran dibuat?
1. Bank In ke akaun Azwan bin Ibrahim CIMB 0303-0032785-52-3
2. Atau bayar terus kepada Azwan bin Ibrahim
3. Kemudian hantar email ke azwanfareast@yahoo.com
beserta nama dan no. resit pembayaran
4. Sila bawa resit pembayaran pada hari pertandingan

Bilakah tarikh tutup penyertaan?
2 Februari 2010

*Para peserta diharapkan dapat menghadirkan diri lebih awal
untuk memudahkan pengurusan dan perjalanan pertandingan.
Tuesday 19 January 2010

Al Fatihah..

Dukacita dimaklumkan bahawa datuk kepada isteri Us. Nabil Ahmad di Kg. Gajah, Perak telah kembali ke rahmatullah pada hari sabtu jam 11.30 pagi 16 Januari 2010 dan ayah saudara kepada isteri Us. Nabil yang berada di Dungun,Terengganu juga telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad jam 9.30 malam 17 Januari 2010. Sehubungan dengan itu pihak Far East Nasyeed serta seluruh warga FE mengucapkan takziah kepada mereka sekeluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.
Monday 11 January 2010

Event FE!

Assalamualaikum ;

Ahlan Wa Sahlan / Selamat Datang / Welcome

Akan datang! Nantikan kemunculan album terbaru Far East yang akan menemui anda pada 1431H/2010M ini. Album ini memuatkan 8 buah lagu yang berkonsepkan tarannum. Pembikinan album ini telah menjangkau 70% untuk siap dipasarkan.

"Nantikan kemunculan Album Terbaru dari Far East - Halawatul Iman II (Sakinah), sekarang masih dalam proses recording, kalau tiada aral insyaallah akan release Februari@Mac ini" -Far East Nasyeed
Thursday 27 August 2009

TARANNUM

Pengenalan Tarannum

Tarannum (lagu) adalah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan terutamanya bacaan Al-Quran.
Tujuan mengalunkan seni suara adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca dan pendengar tentang kecantikan dan keindahan kalimah Allah serta boleh menghayati uslub-uslub Al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, ruh serta dapat beramal dengannya.


Ciri-Ciri Tarannum Al-Quran Yang Mu’tabar
Cirri-cirinya ialah ;
1. Nada (tingkatan atau tekanan bunyi suara)
2. Rentak (pergerakan menghidupkan bunyi suara)
3. Irama (alunan atau bentuk bunyi)
Tegasnya sesuatu bunyi tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut maka ianya tidak dikatakan tarannum


Sejarah Umum

Mengikut ahli sejarah tarannum (muzik) bahawa asal-usul tarannum diilhamkan dari unsur-unsur berikut ;
1. Bunyi-bunyian geseran kayu.
2. Bunyi-bunyian tiupan angin.
3. Bunyi-bunyian kicauan burung.
4. Bunyi-bunyian air yang mengalir.

(hmmm…patutla indah sungguh bunyi tarannum ni ek…huhu..ok2,kita sambung)

ia kemudiannya telah digubah dan “ditalhinkan” oleh penyair untuk dijadikan pelbagai irama tarannum mengikut budaya masing-masing. Mengikut catatan Syeikh Muhammad Soleh Fathani, pengarang kitab “Siraj Al-Qari” bahawa pemodenan tarannum (muzik Arabi) adalah diimport dari Yunani iaitu seorang profesor muzik berbangsa Greek “Bathlamus Al-Hukm Philosofhy” kemudian dipanjangkan oleh pakar muzik tempatan, Ishak bin Ibrahim Al-Mushli An-Nadim.
Mengikut catatan seorang penyair dan ahli sejarah berbangsa Arab, Ibn Arabi bahawa bertarannum adalah budaya kepada masyarakat Arab yang silam, sehingga di mana sahaja mereka berada, samada ketika bekerja, berjalan atau berehat, mereka sentiasa mengalunkan tarannum di samping syair yang menjadi kebanggaan mereka.
Apabila munculnya agama Islam, maka Rasulullah s.a.w menggalakkan supaya umat Islam menukarkan budaya tersebut kepada budaya membaca Al-Quran dengan bacaan yang lebih baik dan cantik agar disegani dan dihormati oleh masyarakat.



Sejarah Tarannum Al-Quran

Menurut beberapa hadis soheh, tarannum Al-Quran telah bermula dari sejarah “Nuzul A-Quran” di Gua Hira’. Di sana, Rasulullah sendiri membaca Al-Quran dengan baik, cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh umatnya supaya membaca Al-Quran dengan “bertarannum, bertazyin dan bertahsin.”
Rasulullah telah memuji Abu Musa As-Sha’ari dalam sabdanya, “sesungguhnya bertuah engkau telah dikurniakan Allah dengan mazmir (suara yg cantik) dari jenis mazmir keluarga Nabi Daud,” riwayat Bukhari dan Muslim.
Hadis riwayat Saidatina Aisyah, katanya ; “pada suatu malam, saya bersama Rasulullah mengintai dengar bacaan Al-Quran yang sungguh merdu dan cantik oleh sahabatnya, Salim Maula Abi Hazifah. Setelah selesai bacaan Salim, Rasulullah segera bersyukur dan berdoa puji-pujian itu khusus bagi Allah, Tuhan yang menjadikan di kalangan umatku orang seperti ini, (Salim).”
Wednesday 19 August 2009

Nikmat Suara

Suara kita terhasil daripada 3 alat yang sangat istimewa. Apakah itu?
1- Mulut.
2- Hidung.
3- Halkum.

Cuba anda semua tutup mulut, boleh keluarkan bunyi tak? Tentu boleh kan??? Sebab bunyi tu mungkin dikeluarkan daripada hidung atau halkum.

Cuba tutup hidung. Boleh keluarkan bunyi?

Cuba pula tutup mulut dan hidung? Masih boleh keluarkan bunyi? Boleh juga kan?

Inilah kelebihan yang Allah ciptakan pada manusia. Tapi beta tidak pasti dengan penciptaan haiwan-haiwan. Apakah sistem suara mereka sama seperti kita.

Jika hidung kita selesema, suara kita jadi sengau…
Jika mulut kita ada mata ikan (ulser mulut) atau sakit gigi… kita x mampu keluarkan suara dengan selesa.

Jika batuk, halkum kita tidak dapat hasilkan bunyi yang bermutu.

Sebenarnya persoalan di sini bukan bunyi-bunyi yang tidak ada makna seperti jeritan, la-la-la atau sebagainya. Ketiga-tiga alat di atas merupakan tempat-tempat keluar huruf (makhraj) dan ia juga sudah tentu bersangkutan dengan makhraj. Jika mereka sakit, kita pun tidak dapat bersuara dengan baik.

Maka, jagalah nikmat suara dengan sebaiknya.
Friday 14 August 2009

Pergi tak kembali


perginya sebutir permata yang sukar ditukar ganti. Perginya tidak disangka-sangka.

Sesungguhnya hukum Allah tidak dapat di tahan-tahan.

Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...