Wednesday 5 May 2010

JAKIM Kekalkan Kedudukan Naib Johan Dalam Festival Nasyid Peringkat JPM 2010

Kumpulan Nasyid Jakim telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan Festival Nasyid peringkat JPM tahun 2010 yang telah diadakan pada 20 – 21 April 2010 bertempat di Auditorium Blok B, Jabatan Perdana Menteri. Di peringkat saringan pada 20 April 2010, Jakim telah terpilih antara 10 finalis daripada 28 panyertaan kumpulan nasyid dari agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kemenangan JAKIM pada tahun ini sekaligus mempertahan kedudukan JAKIM sebagai tempat kedua dalam Festival Nasyid yang sama pada tahun lepas yang dimenangi oleh kumpulan DG-Wa. Dengan kemenangan ini sekaligus melayakkan JAKIM untuk menyertai Festival Nasyid peringkat Kementerian yang akan diadakan kelak.

Kumpulan Fajrul Islam ini merupakan kumpulan baru bagi JAKIM dengan dianggotai oleh 5 orang kakitangan Jakim yang berada di Sabah. Atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan, kumpulan ini telah berjaya membuat persembahan yang berjaya memukau hadirin yang hadir dalam pertandingan tersebut dengan membawa nasyid kategori tradisi dengan tajuk lagunya iaitu “Ummah Perkasa”.

Kumpulan ini telah dilatih oleh 3 orang jurulatih yang berwibawa iaitu komposer terkenal En. Farihin b Abd Fatah, Ustaz Mohd Asa’ri bin Abdan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat merangkap Ketua Kumpulan DG-WA Jakim dan Ustaz Nabil bin Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Media yang juga menganggotai kumpulan Far-East.

Pada majlis Festival yang dianjurkan semalam, Y.Bhg. Dato’ Zainol Othman; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan telah merasmikan majlis tersebut sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Penyampaian hadiah kepada Jabatan telah disampaikan kepada Tn. Hj. Yusop bin Hassan, Pengarah Bahagian Sumber Manusia yang telah sudi hadir pada malam tersebut mewakili Dato’ Ketua Pengarah JAKIM.

Ahli kumpulan nasyid Jakim merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung khususnya atas sokongan Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah JAKIM, pihak Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kerana telah menyediakan keperluan domestik meliputi makan minum, penginapan dan bayaran kepada jurulatih, Encik Ahmad bin Chat (Abg Mad), pemandu Jakim.


Persembahan di peringkat saringan.


Fajrul Islam membawakan lagu nasyid 'Ummah Perkasa'.


Ustaz Abdul Basit selaku vokalis utama kumpulan (Kiri sekali), Ustaz Ramlan dan Ustaz Na'im.


Ustaz Nabil yang menganggotai kumpulan Far-east turut membuat persembahan sebagai artis jemputan.


Tarikh : 22 April 2010
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM

0 comments:

Post a Comment