Friday, 22 August 2008
Majlis Konvokesyen Insaniah
Pada 21/08/2008 yang lalu,kami dijemput mengadakan show di Insaniah sempena Majlis Konvokesyen mereka yang ke 10. Majlis bermula pada pukul 8.00mlm dan berakhir kira-kira jam 12.30 mlm. Selain fareast, saudara Nazrey juga dijemput. Walaupun agak keletihan selepas mengadakan show di Kelantan mlm sebelumnya, namun letih hilang bila melihat sambutan peminat malam itu. CD dan kaset album terbaru, Explorasi habis dijual. Alhamdulillah. Apa yang membuatkan kami rasa terharu apabila permintaan melebihi penawaran. Maaflah kepada peminat yang tak sempat membeli.Jadi mana yang tak sempat beli mlm tu,segera dptkan di kedai-kedai kaset berdekatan selagi stok masih ada. Dan, belilah yang original..hehe
Keesokan hari, kami terus pulang ke Kuala Lumpur kerana pada 23/08/2008, kami akan ke Pahang pula. Peminat kami di Pahang, jangan ketinggalan ya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment