Wednesday, 3 September 2008
Laporan Majlis Simfoni Kesyukuran UIA
Alhamdulillah, syukur kepada Illahi kerana dengan kurniaNya sekali lagi UIAM menjayakan konsert nasyid yang agak 'grand' dan sememangnya sudah lama tidak diadakan konsert nasyid sebesar ini. Syabas buat UIAM kerana menganjurkan konsert nasyid ini dengan kerjasama daripada Majlis Perwakilan Pelajar UIA, Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (MUNSYID) dan Yayasan Itmam.
Persembahan Malam Simfoni Kesyukuran berlangsung dengan baiknya melalui persembahan yang mantap dan bertenaga yang dipersembahkan oleh 7 artis nasyid tanahair yang tidak asing lagi iaitu Syifa’, NowSeeHeart, Far East, Saujana, Hijjaz, Rabbani dan Raihan.
Persembahan bermula pukul 9.00 malam dimulai dengan persembahan kesemua artis nasyid menyanyikan Asmaul Husna dan selepas itu persembahan dimulakan dengan kumpulan Syifa dengan menyampaikan 2 buah lagu yang berjudul Generasi Hadhari dan Aku MilikMu. Persembahan yang cukup bertenaga dari kumpulan Syifa’ memukau penonton yang hadir.
Persembahan diteruskan lagi dengan kumpulan NowSeeHeart menyampaikan dua buah lagu yang berjudul Damai dan Damai Yang Hilang. Nowseeheart masih mengekalkan corak paduan vokal yang bertenaga melalui dua buah lagu ini yang memikat hati penonton.
Kumpulan Far East menyusul selepas itu dengan membawa dua buah lagu juga yang berjudul Kekayaan Hati dan Menanti Di Barzakh. Paduan vokal yang mantap menjadikan penonton terpesona dengan alunan nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan Far East.
Kumpulan Saujana pula membawa Rahmat KasihMu dan Hujan Gerimis. Kumpulan Saujana juga tak kurang hebat dengan paduan vokal yang menarik dan bertenaga serta gandingan muka-muka baru di dalam kumpulan Saujana.
Selepas itu, kumpulan Hijjaz membawa tiga buah lagu yang berjudul Dia Kekasih Allah, Nur Tuhan dan Sumayyah. Nampak mempersona persembahan yang ditonjolkan oleh kumpulan Hijjaz.
Kumpulan Rabbani pula membawa 3 buah lagu juga iaitu Intifada, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Saksi. Dewan semakin gamat apabila Rabbani mempersembahkan persembahan mereka yang begitu mantap yang ditonjolkan oleh kumpulan Rabbani.
Kumpulan Raihan juga membawa 3 buah lagu iaitu Allahu, Ching Ai Ching Ai dan Thank You Allah. Walaupun ketiadaan Che Amran kerana pergi ke Mekah menunaikan umrah, namun Raihan tetap seperti sediakala, mempersembahkan persembahan yang begitu mantap yang mana tidak mengecewakan penonton yang hadir serta gabungan paduan vokal yang bertenaga.
Persembahan penutup iaitu persembahan secara beramai-ramai dengan membawa lagu Ahlan Wasahlan Ya Ramadan. Persembahan berakhir kira-kira pukul 11.45 malam selepas itu diadakan acara cabutan bertuah anjuran UIA kepada penonton yang bertuah pada malam tu juga.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment